PELABURAN TERBAIK. AYUHLAH KEJAR SAHAM AKHIRAT. WAKAF RM30 SAHAJA UNTUK OPERASI TAHFIZ INI.

Saban hari, kita sering melaburkan rezeki yang diberi Tuhan pada kita untuk perkara tidak bermanfaat. Kita ringan pada perkara tidak bermanfaat, tapi berat pada perkara yang membawa keuntungan jangka masa panjang, yakni sehingga kita mati.
Berwakaf dan infaq adalah pelaburan jangka masa panjang yang kita lupa untuk kejar. Berwakaf, pahalanya tetap mengalir walaupun kita sudah pergi meninggalkan dunia ini.
Pada saat kematian kita menjemput, yang kita bawa hanya amalan dan tiada lagi amalan yang kita boleh lakukan pada ketika itu. Pahala Amal Jariah inilah yang membantu kita saat kita berpindah di dunia abadi sana. Pahala itu tetap mengalir Tuan/Puan.
Berinfaqlah serendah RM30 atau mengikut kemampuan Tuan/Puan untuk Dana Sekolah Tahfiz ini. Demi kelangsungan mereka akan datang dan melahirkan anak-anak yang dapat mendidik generasi akan datang.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
LATAR BELAKANG MTQM
Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Muhammadi (MTQM) yang beralamat di Tangkak, Johor ini telah ditubuhkan pada tahun 2004. Batu asas pembinaan dan perasmian pembukaan sekolah telah disempurnakan oleh Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kini bilangan pelajar telah mencecah seramai 156 orang termasuk lelaki dan perempuan. Selain itu, institusi ini digerakkan oleh 32 orang staf merangkumi staf akademik dan tahfiz bersama staf sokongan.
MTQM telah diasaskan oleh Tuan Guru Dato’ Dr Mahfodz Bin Mohamed dan
masih dipengerusikan oleh beliau sehingga kini.
MTQM juga menawarkan 3 aliran pendidikan iaitu;
(1) Hafazan 30 Juzuk Al-Quran
(2) Sijil Menengah Ugama (SMU) dari Yayasan Islam Kelantan (YIK)
(3) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara ‘Fast Track’ (1 tahun)
dan kesemuanya adalah wajib (bukan pilihan).
Tambahan lagi, MTQM juga aktif dengan aktiviti kokurikulum selain cemerlang
dalam prestasi pengajian yang ditawarkan.
OBJEKTIF PENUBUHAN
✅Memantapkan iman
kepada Allah SWT dan RasulNya
✅ Memupuk sifat sentiasa
bertaqwa kepada Allah SWT
✅ Menghayati dan
mampu menyampaikan ilmu yang dipelajarinya
✅ Memupuk sikap peka
dengan permasalahan ummah
✅ Memelihara para
Qurra’ yang berkemahiran dalam ilmu Qiraat
✅ Melahirkan para pendidik masyarakat yang mampu berdakwah melalui ilmu-ilmu Al-Quran
BANTUAN PEMBIAYAAN KOS OPERASI MTQM
Pihak pengurusan sekolah memohon bantuan orang ramai untuk membantu bagi membiayai kos operasi Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Muhammadi. Anggaran kos operasi yang diperlukan adalah sebanyak RM100,000.00 sebulan. Kos ini meliputi perbelanjaan utiliti, gaji tenaga pengajar dan kakitangan sekolah, penyelenggaraan bangunan dan keperluan barangan dapur.
Sudah pasti sumbangan tuan/puan nanti akan menjadi sumber pahala yang berterusan seterusnya melahirkan generasi penghafaz Al-Quran yang mencintai Allah dan RasulNya.
Berikut antara program yang telah dijalankan hasil daripada sumbangan tuan/puan yang dirahmati Allah SWT.
Walau PKP, MTQM terus menerus melahirkan huffaz yang berjaya mengkhatamkan 30 Juz Al-Quran dengan cemerlang walaupun secara online. Alhamdulillah.
Pelajar Lelaki.
Pelajar Perempuan.
Berikut
adalah pakej sumbangan dana OPERASI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-MUHAMMADI yang
ditawarkan :
✅ PAKEJ FIRDAUS : Sumbangan Dana Operasi RM300
✅ PAKEJ 'ADN : Sumbangan Dana Operasi RM100
✅ PAKEJ MA'WA : Sumbangan Dana Operasi RM50
✅
PAKEJ DARUL SALAM : Sumbangan Dana Operasi RM30
Untuk
Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah
:
Bank : BANK ISLAM
Nama : Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Muhammadi
No
Akaun : 010 230 100 377 82
Letakkan
reference/remark "OPERASI MTQM" untuk bantu kami semak transaksi
sumbangan.
Untuk
maklumat lanjut, boleh hubungi 012-90 66 739 (Ustaz Ahmad Nawfal Bin Mahfodz)
LIKE
|FOLLOW |SHARE
FB
PAGE: