JOM BANTU ANAK TAHFIZ DENGAN DOBI BARU

JOM BANTU ANAK TAHFIZ DENGAN DOBI BARU

Inilah yang anak-anak tahfiz MTQM alami:


  • Beratur panjang nak basuh baju kotor? Bayangkan betapa susahnya mereka, terutama selepas seharian penuh dengan pembelajaran Al-Quran, hafazan, dan aktiviti ibadah.
  • Berebut masa dengan anak-anak tahfiz lain sebab mesin basuh tak cukup? Masa mereka sangat berharga, dan setiap minit yang terbuang adalah masa yang hilang untuk mendalami ilmu agama dan berehat.
  • Rasa tak best kongsi dobi dengan yang berlainan jantina? Privasi dan keselesaan adalah penting, terutama bagi remaja yang sedang membina jati diri mereka.


Sudah pasti, kita amat memahami betapa pentingnya dobi yang selesa dan berasingan untuk anak-anak tahfiz ni.


Dobi kat MTQM sekarang ni, anak-anak lelaki dan perempuan terpaksa kongsi mesin basuh yang sedikit jumlahnya.


Bukan setakat kena ikut jadual ketat, tapi rasa tak selesa tu memang sentiasa ada. Bayangkan...

  • Masa berharga yang terbuang hanya untuk tunggu giliran atau berebut mesin basuh.
  • Benda ni bukan sekadar susah, tapi ganggu fokus dan konsentrasi mereka dalam pembelajaran Al-Quran.
  • Kita tak nak benda ni berlaku, kan?


Kami tengah berusaha untuk kumpul RM30,000 untuk naik taraf dobi MTQM. Matlamat kami:


  • Anak-anak tahfiz MTQM ada dua bilik dobi berasingan, satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan.
  • Setiap bilik ada mesin basuh baru yang cekap dan mudah digunakan.
  • Tak ada lagi beratur panjang, berebut masa, atau rasa tak selesa.


Bayangkan perubahan yang bakal terjadi...

  • Tak ada lagi barisan panjang.
  • Masa anak-anak tahfiz lebih efisien dan mereka boleh lebih fokus pada pembelajaran dan hafazan Al-Quran.
  • Rasa privasi dan selesa makin meningkat dengan bilik dobi yang berasingan.


Dengan dobi yang lebih baik, anak-anak tahfiz boleh menumpukan sepenuh perhatian pada pembelajaran mereka tanpa tekanan tambahan. Emosi mereka pun akan lebih stabil sebab tak perlu lagi kongsi ruang peribadi dengan yang lain.


Inilah peluang anda untuk bantu.


Dengan sumbangan kecil, anda boleh bantu kami capai sasaran RM30,000 dan selesaikan masalah dobi ni untuk anak-anak tahfiz MTQM. Setiap ringgit yang anda sumbangkan bawa kita lebih dekat kepada matlamat ni.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
DANA DOBI RM100
DANA DOBI RM50
DANA DOBI RM10
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN