BERSAMA KITA MEMPERKASA PEMBANGUNAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-MUHAMMADI

DEMI MELAHIRKAN GENERASI HADAPAN PEMBELA SYARIAT




Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Muhammadi (MTQM) adalah rumah kedua bagi anak-anak yang penuh dengan cita-cita tinggi dan semangat mendalami Al-Quran.

Namun, mereka menghadapi cabaran besar setiap hari yang mungkin tidak kita sedari – kemudahan dobi yang tidak memadai.

Kini, kami memerlukan bantuan anda untuk memberikan mereka kehidupan yang lebih baik dan lebih selesa.


RUTIN PELAJAR TAHFIZ TERPAKSA TUNGGU LAMA UNTUK DAPAT GILIRAN BASUH BAJU


Setiap hari, anak-anak tahfiz kami bergelut dengan mesin basuh lama yang telah usang. Mesin ini hanya boleh digunakan di satu bilik sahaja dan perlu digilirkan.

Bayangkanlah situasi mereka – menunggu giliran yang lama, menguruskan pakaian dalam keadaan yang tidak ideal, sedangkan mereka sepatutnya fokus pada pelajaran dan ibadah.


“Barangsiapa yang membantu perlengkapan orang yang berjihad di jalan Allah maka sungguh dia juga telah ikut berjihad, dan barangsiapa yang membantu keluarga seorang yang berjihad di jalan Allah dengan suatu kebaikan maka dia juga telah ikut berjihad.” 


[HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Zaid bin Khalid Al-Juhani radhiyallahu’anhu].



APA YANG KAMI RANCANG UNTUK PERUBAHAN


Kami ingin menggantikan mesin basuh lama ini dengan set mesin basuh baru yang akan


  • Menyediakan Dua Bilik Mesin Basuh: Satu untuk pelajar lelaki dan satu untuk pelajar perempuan, memudahkan mereka dalam menguruskan pakaian mereka dengan lebih selesa dan tanpa perlu berebut


  • Menjadi Sumber Pendapatan Tambahan:  Mesin basuh baru ini bukan sahaja akan memberi kemudahan, tetapi juga membantu mengurangkan kos operasi dan memberi keuntungan yang akan disalurkan semula untuk perkembangan pusat tahfiz.





KESAN POSITIF KEPADA PELAJAR


Dengan mesin basuh baru, anak-anak ini akan:


  • Dapat Menguruskan Pakaian Dengan Lebih Mudah: Mereka tidak perlu lagi menunggu giliran atau menghadapi kesukaran yang tidak sepatutnya. Mereka akan mempunyai lebih banyak masa untuk fokus pada pengajian mereka dan beribadah.


  • Rasa Lebih Dihargai dan Dihormati: Dengan kemudahan yang lebih baik, mereka akan merasa lebih dihargai dan lebih termotivasi untuk belajar dengan sepenuh hati.




Projek ni sudah dijalankan, namun kami masih memerlukan lagi dana untuk pembina dobi yang lebih lengkap, mudah dan selesa.

Semoga dengan jasa baik anda dalam memudahlan urusan ini. Allah memudahkan urusan anda dunia akhirat.





BAGAIMANA ANDA BOLEH BANTU


Kami memerlukan sumbangan anda untuk merealisasikan impian ini.

Setiap ringgit yang anda sumbangkan bukan sahaja akan membeli mesin basuh baru, tetapi juga akan mengubah kehidupan anak-anak tahfiz kami dengan cara yang sangat bermakna.


Kami tahu bahawa sokongan anda akan memberi perubahan besar kepada pusat tahfiz ini dan anak-anak kami. Terima kasih dari hati kami yang terdalam atas sumbangan dan keprihatinan anda.


“Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba selagimana hamba membantu saudaranya.”

(Riwayat Muslim)


Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah


NAMA BANK
BANK ISLAM
NO AKAUN BANK
010 230 100 377 82
NAMA PEMEGANG AKAUN
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-MUHAMMADI

Letakkan reference/remark  "DB"  untuk bantu kami semak transaksi sumbangan.

Disclaimer for Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Muhammadi

“Facebook™️ or FB is a Registered Trademark of Meta Platforms Inc. The site  https://www.mtqmfunding. com  not affiliated with Facebook.com in any way, nor do they sponsor or approve any of the products.  All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners'.  All data received from this site will be managed by the  Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Muhammadi  and will solely be used privately for our promotion without being shared with a third party without permission from the respective owner.








Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
RM15
RM20
RM30
RM40
RM50
RM100
RM300
RM500
RM1000
RM3000
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN